Persediaan Sebelum Ke Japan

Makluman Terkini (Ogos 2013)

Permohonan Visa Visitor yang tidak melebihi 90 hari sudah dihapuskan bermula tahun ini (2013). Jika dulu, perlu menyatakan penyata bank yang disahkan mengenai jumlah wang yang ada (RM10,000 ribu atau lebih) kini tidak perlu lagi, fuhhhh legakan ツ.

TETAPI!!

Walau bagaimanapun, pengecualian visa ini hanya terpakai kepada Warganegara Malaysia yang memegang passport biasa biometrik dengan tertanam mikrocip yang mematuhi piawaian ICAO. Warganegara Malaysia yang tidak memegang jenis ini adalah kekal.

Malaysian International Passport, Passport & Visa Malaysia, Visa ke Japan

Seterusnya Persediaan Di Bawah Boleh Dirujuk

1) Kumpul wang.

Cari sebanyak yang mungkin wang, kalau wang takda macamana nak pergi, ye tak ツ?, tak kira wang negara mana yang korang kumpul, apa yang penting nanti, boleh tukar kepada JPY (Japanese Yen).

Money

2) Jangan tangguh nak buat Visa. (Baca maklumat terkini di atas)

Persediaan permohonan Visa perlu disediakan selewat-lewatnya 2 minggu sebelum waktu bertolak. Antara dokumen, surat menyurat dan borang yang perlu disediakan seperti:

  • Passport (pastikan lama lagi tarikh luputnya iaitu tempoh sahlaku passport melebihi enam bulan dari tarikh lawatan).
  • Download  borang ke Japan.
  • Download borang Itinerary.
  • Gambar terbaru berukuran 4.5 x 4.5 cm, latar belakang putih, jangan pandai-pandai nak edit dan jelas/tidak kusam.
  • Salinan tempahan tiket flight.
  • Salinan buku bank (ada yang kata jumlah dalam buku akaun mesti melebihi RM10k dan mami pernah terbaca dalam satu blog ni, alkisah dia telefon ke Pejabat Konsular Japan, bertanyakan tentang jumlah akaun bank yang perlu ada, jawapan yang diberi senang jer > tak kisah ada berapa pun dalam bank, cuma hantar 1 salinan, kalau jumlah tu rasanya cukup, luluslah permohonan Visa, kalau tak cukup, permohonan tidak akan luluskan. Jadi dari mengelakkan dua/tiga kali kerja, baik korang cukupkan jumlah akaun bank seperti desas desus yang diperkatakan.
  • Surat pengesahan jawatan.
  • Surat menyatakan pembiayaan adalah sepenuhnya ditanggung sendiri.
  • Salinan sijil kahwin (yang pergi bersama suami/isteri) dan sijil kelahiran anak (kalau mami, yang ini perlu sebab mami bawa anak je, suami tak ikut, sebab bertugas untuk membantu menjaga keselamatan negara, cehwah :p).
  • Untuk pastikan semuanya cukup, korang perlu tanya kepada agensi pelancongan/tempahan tiket flight yang terdekatan,  mana tahu ada yang terkurang ツ.
  • Dah siap semua, korang boleh hantar ke Pejabat Konsular Japan (kalau di Johor Bahru, tempatnya adalah di Pejabat Menara Ansar, tingkat 15).
  • 1-2 hari selepas tu, korang boleh ambil semula di tempat yang sama, masa pejabat dibuka pada 8.30-12.00, 13.30-16.00. Datang mengikut masa yang ditetapkan. Atas faktor keselamatan, segala maklumat rahsia dalam contoh Visa di bawah, telah mami padamkan ツ.
Japan Visa

3) Isi borang luar negara.

Borang ini perlu diisi untuk makluman majikan (jenis borang bergantung kepada jabatan korang berkerja).

4) Membuat tukaran matawang lebih awal.

Sebelum berangkat ke Japan, korang perlu membuat tukaran matawang lebih awal, kerana tak semua Money Changers mempunyai wang JPY (Japanese Yen/¥). Elakkan membuat tukaran di airport, kerana tukarannya akan lebih tinggi.  Kalau korang ada duit lebih, tukarlah banyak sikit, sebab Japan antara negara yang terkenal dengan serbaserbi mahal (manakan tidak, air mineral bersaiz kecil sahaja berharga ¥130 = RM5.50 (masa mami pergi ke sana, kiraan matawang JPY (Japanese Yen) ialah 1=0.042).

Japanese Money

5) Beli Japan Rail Pass (JR Pass).

Sebelum tu korang kena tahu apa tu Japan Rail Pass (JR Pass), klik di sini untuk maklumat sepenuhnya. Di MalaysiaJR Pass diuruskan di Kuala Lumpur yang beralamat di Suite 20, 01A, Level 20, Menara Citi Bank 165, Jalan Ampang (No. tel. 03-2161-0922). Kitaran harga yang dikenakan adalah RM1280.00 (untuk 10 hari sahaja), tetapi jika korang beli di Japan harganya adalah ¥28,300 (RM1188.60), seperti yang tertera dalam mami punya JR Pass di bawah. Selepas membuat bayaran, bukti bayaran tersebut perlu dibawa ke kaunter JR Pass yang berdekatan di Japan nanti. Tetapi sekiranya korang hanya pergi untuk satu atau dua tempat, misalnya di Tokyo sahaja, JR Pass tidak diperlukan, korang cuma perlu membeli tiket train dengan harga ¥1000 (RM42) sehari.

Japan Rail Pass

Japan Rail Pass

Japan Rail Pass

Kenapa korang perlu beli JR Pass ni?, sebabnya wang korang memang boleh jimat banyak, ok tengok gambar bawah tu, mami gerak dari Narita Airport (ini tidak dikira, sebab baru sampai Japan dan menaiki van (muat untuk 10 orang, bayaran dikenakan adalah 1 kepala ¥2000 = RM80.70).

  • Ginza, Tokyo ke Tokyo Disneyland (¥450 =RM17.17(klik di sini untuk post tentang Ginza, Tokyo) (klik di sini untuk post tentang Tokyo Disneyland) 
  • Tokyo Disneyland ke Ginza, Tokyo (¥450 =RM17.17)
  • Ginza, Tokyo ke Hiroshima (¥18,250 = RM766.50 sehala) (klik di sini untuk post tentang Hiroshima) 
  • Hiroshima ke Osaka (beli tiket train bukan JR) (klik di sini untuk post tentang Osaka
  • Osaka ke Sakai (menaiki teksi ke hotel)
  • Sakai ke Osaka (beli tiket train bukan JR)
  • Osaka (beli tiket train bukan JR) ke Kyoto
  • Kyoto ke Tokyo semula (¥13,420 = RM563.64 sehala)

Cuba kira berapa untung di situ, pengangkutan utama dan paling murah di Japan adalah dengan menaiki trainMami ada menggunakan teksi dari Osaka ke Sakai, tapi bila nak bayar, boleh terjatuh biji mata tengok meter teksi, manakan tidak jumlahnya adalah ¥8300 (RM 348.60) dalam masa 15 minit sahaja. Memandangkan kami bertiga (bersama 2 orang lagi kawan baik) terperanjat dan sangat kepenatan, pemandu teksi tu akhirnya bagi kami diskaun, jumlah dibayar akhirnya adalah ¥6510 (RM273.41).

JR PassJR Pass, Japan Rail PassJapan Map

6) Tempah hotel.

- Tempah hotel terlebih dahulu, ini antara hotel mami selama 8 hari di Japan:

Hotel Gracery, Ginza-Tokyo (hari pertama hingga kelima), harga untuk sehari (bilik twin standard) = ¥14,000 (RM588.00).

Hotel Gracery Ginza

Kenapa pilih hotel ini?, sebabnya tak perlu susah-susah bawa keperluan mandi seperti ini.

Persediaan Melancong

- Hotel ini ada menyediakan segala kelengkapan seperti berus/ubat gigi, pengering rambut, pencukur, sikat, kain muka & toner.

Kelengkapan Mandi

- Sabun mandi, shampoo & conditioner rambut.

Kelengkapan Mandi

- Tuala.

Tuala

- Ruang mandi yang luas.

Mandi

- Tandas yang canggih & selesa.

Tandas Canggih

- Ruang tidur.

Ruangan rehat, tidur

- Ruang rehat.

Rehat

TV

Hotel Horidome Villa, Chuo-Tokyo  (hari ke 6 dan ke 8), harga untuk sehari (bilik twin standard) = ¥6,000 (RM252.00).

Tempat kunci

Hotel Horidome Villa

- Ruang tidur.

Ruang Tidur, Rehat

- Tempat sidai baju.

Sidai Baju

- Bilik air.

Bilik air

Bilik air

Bilik mandi

- Kelengkapan mandian.

Kelengkapan mandian

- Lain-lain kemudahan -> TV, selipar, lampu picit, cerek air, jam dinding & LLN.

TV

Jam dinding

Kasut, Selipar

Lampu picit

Hotel Rinkai Ishizu, Sakai-Osaka (hari ke 7), harga untuk sehari (bilik twin gaya Jepun, muat untuk 3 orang) = ¥11,100 (RM443.67).

Hotel Rinkai Ishizu

Pintu Antara Tandas Dan Bilik Tidur

Tempat Letak Kasut

- Ruang tidur.

Bilik Tidur

- Bilik mandi & tandas.

Bilik Mandi

7) Download aplikasi-aplikasi berkaitan dengan bahasa Japan.
- Dan akhir sekali, kepada korang yang pakai smartphone, dicadangkan untuk download aplikasi-aplikasi berkaitan dengan bahasa Japan, seperti Speak Japanese Fun Pharasebook ini, komunikasi di sana sangat susah kerana mereka lebih mengagungkan bahasa ibunda. Tapi apapun jangan risau, rakyat di sana semua peramah-peramah belaka.

Memandangkan ramai bertanyakan tentang tips tambahan dan beberapa soalan, di sini ingin mami kongsi beberapa lagi tips yang sememangnya akan belaku di sana;

1. Google Maps – Cari dan tentukan tempat di mana ingin lawati. Dicadangkan print semua map-map tersebut dan tandakan semua kawasan yang ingin dilawati. Tentukan kawasan di tengah-tengah semua lokasi yangg hendak dilawati dan cuba perhatikan stesen keretapi yang berdekatan. Tandakan nama jalan atau tempat tersebut.

2. Penginapan – Anda boleh layari http://hostelbookers.com bagi melihat harga hostel, hotel atau homestay yang agak murah. Atau untuk lebih mudah dan selesa – layari http://www.airbnb.com atau http://www.wimdu.com. Kedua-dua website tersebut adalah listing “homestay” yang mana bilik-bilik kosong disewakan di seluruh dunia. Kelebihannya adalah akan tinggal bersama “host” atau tuan rumah dan beliau kebiasaanya akan membantu dari segi memberi tunjuk arah, panduan tips dan sebagainya. Kadang-kadang mereka berbesar hati untuk membawa berjalan di bandar mereka. Harga lebih murah jika sewa dalam jangkamasa panjang.

3. Pekakas Tambahan – Bawa periuk nasi kecil dan lauk segera (sekiranya tinggal di hostel atau hotel) boleh masak nasi sebelum keluar dan bawa bekal. Sekiranya di bilik hotel, pek lauk segera boleh direndam di dalam sink dengan membuka paip air panas. Sekiranya tinggal di homestay – sila tanya tuan rumah samada dibenarkan menggunakan dapur (biasanya dibenarkan) namun lebih bagus bawa periuk dan pinggan/bekas plastik sendiri.

4. Makanan – Makan dan minum adalah mahal. Sekali makan untuk 2 orang dewasa sekurang-kurangnya RM100. Jadi bersedia untuk bawa bekal dan makan makanan segera. Jika makan seperti di McDonald. Boleh makan fries dan burger fillet o fish. Selepas makan pastikan tray dihantar ke tempatnya dan bersihkan/kemaskan meja anda.

5. Keretapi – Paling penting di Japan adalah untuk menaiki keretapi – ingat keretapi di sana sangat banyak dan stesen-stesen bawah tanahnya sangat besar. Jadi bersedia untuk sesat. Tips mami – sila guna Google Maps, tandakan semua stesen berhampiran kawasan yg ingin dilawati. Atau sekiranya ke kedai buku, sila dapatkan map yang ada route public transport/train yang terkini. Tips – sekiranya confused – sila beli tiket yang paling murah – jika jumlah harga yang dibayar tidak mencukupi –  boleh ke kaunter untuk membayar perbezaan baki selepas keluar dari keretapi. Jangan membeli tiket mahal sekiranya tidak pasti di stesen mana yang anda akan turun.

6. Adab Keretapi – Sila beratur untuk menaiki pengangkutan awam – terutama keretapi. Orang Japan sangat sopan di dalam keretapi, tiada bunyi telefon atau bercakap-cakap (semuanya senyap, membaca atau ber-sms) dan semua nada dering telefon dimatikan. Jika tertumpah air minuman atau makanan, sila lap atau kutip semua sisa tumpahan. Di sana kalau air tumpah di dalam train mereka lap pakai baju (kalau takde tisu).

7. Bagi Perokok – Tidak boleh merokok di merata-rata tempat samada di luar ataupun di dalam bangunan. Tidak boleh merokok semasa berjalan kaki juga.

8. Servis Tips – Tidak perlu memberi tips sekiranya tinggal di hotel kepada bell boy, pemandu teksi dan etc. Tips tidak dipraktikan di Japan. Sentiasa senyum apabila membuat urusniaga/membeli barangan. Wang akan dikira di hadapan anda (apabila membayar) bagi memastikan jumlahnya cukup dan kemudian bakinya turut dikira di hadapan anda bagi memastikan ianya betul. Sila pastikan ianya betul – jangan selepas sudah keluar kedai dan masuk balik meminta baki. Itu adalah tidak sopan.

9. Kebersihan Diri – Sentiasa membawa wet tissue atau botol air untuk ke tandas.

10. Pakaian Sesuai – September hingga Mac adalah musim sejuk – pastikan jaket yang sesuai. Suhu biasanya dalam 7-15 darjah celcius (autumn) dan 5-negatif (winter). Sila lihat laman web cuaca sebelum bertolak. Jaket di Malaysia adalah mahal (200-500 ringgit malaysia sehelai) manakala di Tokyo agak murah iaitu sekitar RM50-RM80. Sekiranya flight sampai di sebelah siang di Narita Airport boleh naik ke bahagian atas (perlepasan) dan pergi ke Uniqlo (ada di KL dan KLCC tetapi agak mahal berbanding di Tokyo). Kasut juga adalah penting, pastikan kasut yang sesuai untuk berjalan (walking shoes) dan sekiranya pada musim sejuk, pastikan boot yang sesuai dan seeloknya kalis air. Keselesaan di kaki akan menentukan keselesaan anda keseluruhannya.

11. Adab Berjalan – Seperti memandu, sentiasa di sebelah kiri dan orang dari hadapan akan lalu disebelah kanan kita. Jika naik eskalator, sila pastikan sentiasa berada rapat di sebelah kiri – biarkan ruang di sebelah kanan kosong untuk orang yang nak cepat. Sekian harap dapat membantu.