Kisah Kura-Kura Dan Arnab

Kisah ni mesti korang dah penah dengar, kisah Si Arnab yang boleh berlari laju dan Si Kura-Kura yang berjalan tersangatlah lambat. Suatu hari Si Arnab sedang bersiar-siar di taman. Tiba-tiba Si Arnab terpandang seekor kura-kura yang merangkak-rangkak naik ke tepi sungai yang berdekatan taman itu.

 Arnab : Alahai, Kura-Kura. Lambatnye kau berjalan.

 Kura-Kura : Suka hati ar.

Arnab : Kah Kah Kah.. (Sampai berguling-guling Si Arnab tu ketawa)

Kura-Kura:  Kelakar sangat la tuh?

Arnab : Kalau kau berlumba dengan aku, mesti kalah punye ar

Kura-Kura : Amboi!!! tak sayangnye mulut. Jangan konfiden sangat arnab oiii, belum cuba belum tahu tau.

Arnab : Aku cabar engkau, siapa yang sampai dulu ke hujung jalan sana, dia akan menang.

Kura-kura: OK!!! Aku terima cabaran kau, bila, di mana, cakap….aku anytime ready.

Arnab : Esok jam 5.00 petang.

Arnab telah menghebohkan perlumbaan itu dengan mengundang seluruh suku sakat, ipar-duai, dan juaknya serta rakan-rakan rapatnya untuk menyaksikan perlumbaan itu nanti, dengan niat untuk menunjukkan kekuatannya dan pada masa yang sama memalukan kura-kura.

Maka, bila tiba masa dan hari dijanjikan berlumbalah arnab dan kura-kura. Kura-kura dan arnab bermula pada permulaan yang sama, tetapi sebaik dimulakan arnab terus memecut laju ke hadapan. Pada satu peringkat perlumbaan arnab menoleh ke belakang, kura-kura sayup-sayup kelihatan di belakang antara nampak dan tidak dalam bayangan fatamorgana.

Kura-kura pula terus melangkah, melangkah dan terus melangkah ke hadapan tanpa mempedulikan di mana kedudukan arnab. Matlamatnya hanya satu untuk menamatkan perlumbaan.

Yakin bahawa perlumbaan itu pasti dimuktamadkan dengan kemenangannya arnab berehat sebentar, tetapi akhirnya arnab tertidur. Ketika arnab tertidur, kura-kura meneruskan perjalanan tanpa berehat. Tidak berapa lama kemudian kura-kura tiba di pohon di mana arnab sedang lena tertidur. Kura-kura mendengar dengkuran arnab yang keletihan.

Selepas terjaga dari lenanya arnab menoleh ke arah lembah, kedudukan terakhir kura-kura yang dilihatnya sebelum dia tertidur. Namun kura-kura telah tiada. Apabila arnab menoleh ke atas bukit, dia melihat kura-kura sedang diraikan kerana telah sampai ke garisan penamat terlebih dahulu.

Demikianlah selingkar kisah perlumbaan klasik arnab dan kura-kura. Cerita ini yang biasanya dipadankan dengan cita rasa kanak-kanak, tetapi sebenarnya membawa mesej yang amat besar. 

Apakah Iktibar dari kisah ni ye mami? ….

– Yang pastinye janganlah kite sombong sangat, takde baiknye perangai macam Si Arnab tu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s