Nak Pasang Pendakap Gigi (Braces)? Kena Ikut Prosedur Ni Ye

                                             Tari

                             

              

                                                   Braces DiagramPasang Pendakap Gigi, Braces

Pasang Pendakap Gigi

1. Pra-pendakap gigi (konsultasi)

Pakar Orthodontik akan mengenal pasti jenis rawatan yang diperlukan. Sekiranya masalah serius, bebarapa batang gigi perlu dicabut. Doktor akan melakukan ujian sinar-x gigi untuk menentukan pelan jenis rawatan. Seterusnya acuan gigi akan dihasilkan bagi kajian modul.

2. Pendakap gigi dipasang Pemakai perlu menjalani rawatan berskala setiap empat hingga enam minggu untuk melihat perkembangan rawatan. Doktor akan melakukan penyenggaraan pendakap gigi setiap kali rawatan. Ada pemakai menunjukkan perkembangan yang baik dan mereka tidak memerlukan rawatan yang lama (tidak sampai dua tahun).

Ada juga pemakai yang tidak mengambil berat menyebabkan rawatan tidak berkesan dan mengambil masa yang lebih panjang. Setiap rawatan hanya mengambil masa 10 hingga 15 minit.

Ketika pemakaian pendakap gigi, pemakai perlu menjaga kebersihan mulut dengan baik. Mereka perlu memberus setiap kali selepas makan dan mengamalkan diet rendah gula.

3. Selepas pemakaian

Apabila doktor menentukan susunan gigi telah rata, pendakap gigi akan dibuka. Ada pemakai memerlukan masa tidak sampai dua tahun dan ada juga sehingga tiga tahun bergantung juga kepada umur. Selepas pendakap gigi ditanggalkan, mereka perlu memakai retainer. Dr. Fatimah menyarankan pemakaian retainer 24 jam untuk enam bulan pertama. Selepas itu, mereka hanya perlu memakai pada waktu tidur.

“Pemakaian retainer bergantung kepada doktor, saya lebih gemar menyuruh memakai seumur hidup untuk kesan yang lebih baik,” katanya.

Menurut beliau lagi, terdapat kes masalah susunan gigi berulang disebabkan keengganan memakai retainer.

Masalah rahang serius

Dr. Fatimah berkata, terdapat kes serius di mana individu mempunyai rahang panjang menyebabkan susunan gigi bawah mereka terkedepan.

Bagi memperbaiki masalah itu katanya, memerlukan orthognatic surgery yang melibatkan kos dan risiko lebih tinggi.

“Pembedahan jenis ini lebih rumit kerana ia melibatkan prosedur yang banyak dan boleh dianggap pembedahan plastik.

“Ia melibatkan pemotongan bahagian rahang bawah dan sangat berisiko kerana ia mempunyai kaitan dengan keseluruhan struktur wajah dan juga otak,” kata beliau.

Smile

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s