Anak Sakit Perut? Jangan Buat Tahu Je

Budak Sakit

Walau berat atau ringan, sakit perut tetap kena ambil berat. Jika kanak-kanak sentiasa mengadu sakit perut, ini petanda masalah kesihatan/penyakit yang lain. Antaranya:

  • Sakit perut yang berulang-ulang (RAP)
  • 3 atau lebih kejadian sakit perut dalam masa 3 bulan.
  • Sakit perut sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan.
  • Sakit yang amat sangat sehingga memberi kesan kepada kegiatan harian kanak-kanak
  • Kebiasaannya melibatkan kanak kanak yang berumur 4 – 16 tahun

Adakah masalah RAP ini serius ?
Insiden:

  • Melibatkan 10 – 15% kanak kanak
  • Peringkat 1 : pada umur 5 – 7 tahun, kanak-kanak lelaki dan perempuan mempunyai risiko yang sama.
  • Peringkat 2 : pada umur 8 – 12 tahun, kanak-kanak perempuan lebih cenderung untuk mengalami masalah ini.
  • 80 – 90% berpunca dari gangguan fungsi organ atau psikologikal.

Kenapakah kanak-kanak mendapat RAP?
Sebab-sebabnya boleh diklasifikasikan kepada :

Psikologi:
Dalam kes ini, sakit perut tidak disebabkan oleh penyakit organ di dalam perut. Sakit dipercayai berpunca dari tekanan, kerisauan dan kemurungan. Mekanisma sebenar bagaimana ini keadaan boleh terjadi tidak diketahui.

Gangguan fungsi organ:
Dalam kes ini, organ di dalam perut yang terlibat tidak berpenyakit tetapi fungsi organ ini menjadi tidak normal atau telah berubah disebabkan oleh interaksi di antara tubuh badan dan persekitaran. Contohnya:

  • Alahan laktosa
  • Senggugut
  • Sembelit

Organik:
Sakit perut ini adalah berpunca dari sesuatu penyakit.
Contohnya :

  • Radang usus (Inflammatory bowel disease)
  • Ulser perut (peptic ulcer) – lebih 50 % melibatkan kuman Helicobacter pylori
  • Jangkitan cacing
  • Radang di kawasan pelvis (pelvic inflammatory disease)
  • Ketumbuhan ovari

Jenis psikologi:
Sakit terjadi sekali sehari atau kurang dari itu ( sekali dalam seminggu atau sebulan)

  • Sakit selalunya tidak melebihi satu jam.
  • Ia adalah sakit yang tidak spesifik, kadangkala rasa memulas atau kembung.
  • Sakit selalunya di sekeliling pusat (periumbilical)
  • Gejala yang tidak berpanjangan
  • Gejala tidak berkait dengan pemakanan, aktiviti hidup atau keadaan najis
  • Awas: Jika ada perubahan tempat atau corak kesakitan ini mungkin menandakan adanya penyakit yang lain.

Jenis gangguan fungsi organ:

  • Sakit selalunya berkaitan dengan diet, cara makan atau tabiat membuang air besar.
  • Rasa memulas atau kembung perut
  • Lokasi kesakitan di perut bergantung kepada organ yang terlibat.

Jenis organik:

  • Ciri ciri kesakitan bergantung kepada penyakit itu sendiri.
  • Demam, penurunan berat badan, pedih hati, cirit – birit dan lain-lain boleh menjadi tanda-tanda sakit perut organik.

Tanda-tanda lain:
Sakit kepala, pening, berpeluh-peluh, dan pucat biasanya lebih berkait dengan jenis RAP psikologikal.
Tanda-tanda di bawah pula biasanya lebih berkait dengan jenis RAP disebabkan oleh punca organik atau gangguan fungsi organ :

  • Letih
  • Tiada selera makan
  • Loya
  • Muntah
  • Cirit-birit
  • Sembelit
  • Sakit anggota kaki/tangan

Adakah RAP di kalangan kanak kanak membawa kemudaratan?
Kadangakala ia boleh menyebabkan kesan yang tidak diingini.

Komplikasi RAP psikologikal:

-Kesan Psikososial:

  • Tidak pergi ke sekolah (mengganggu pelajaran)
  • Menganggu hubungan persahabatan/pergaulan
  • Mencegah anak untuk menghadiri aktiviti sekolah atau keluarga.

-Menyebabkan perubahan tingkah laku

-Terlalu bergantung kepada ibubapa hingga tidak mampu berdikari contohnya:

  • selalu dijemput pulang ke rumah dari sekolah kerana sakit perut
  • ingin duduk di rumah sepanjang masa
  • sentiasa mengharapkan perhatian dari ibu bapa

-Mengambil pelbagai jenis ubat

Strategi rawatan dalam RAP psikologikal:

  • Menggalakkan anak berdikari
  • Tidak menggalakkan perangai yang negatif
  • Jangan membiarkan anak ponteng sekolah
  • Jangan menghalang anak dari mengambil bahagian dalam aktiviti sekolah/keluarga
  • Jangan terlalu memanjakan anak
  • Mengenalpasti punca tekanan dalam hidup anak anda, dan cuba kurangkan tekanan atau membantu anak menangani masalahnya.

Perkara-perkara yang perlu dilakukan ketika anak anda mengalami kesakitan:

  • Cuba alihkan perhatian anak anda dari kesakitannya dengan aktiviti yang menarik contohnya bermain dengan patung
  • Kurangkan tekanan contohnya dengan menarik dan menghembus nafas perlahan-lahan

One response to “Anak Sakit Perut? Jangan Buat Tahu Je

  1. Pingback: Lagu Anak Anak Sakit Gigi - Serba Serbi Berita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s