Katak Ooo Katak


Katak, Frog
Perbezaan Antara

 Bagaikan Katak Di Bawah Tempurung & Bagaikan Katak Duduk Sebelah Tempurung

Meh mami tunjuk perbezaan dua gambar ni.

Gambar 1: 

Katak, Frog, Bawah Tempurung

Gambar 1 di atas tu perumpamaan ”Bagaikan Katak Di Bawah Tempurung”. Mami namakan katak ini Si Katak A.

Memandangkan Si Katak A ini dari kecil tempat tinggalnya adalah di dalam tempurung, maka hidupnya cuma dikelilingi pemandangan di dalam tempurung sahaja, terus bertapa dan merasakan dirinya tidak penting bagi dunia luar. Mungkin juga kerana takut terhadap ancaman binatang liar lain dan nekad meneruskan hidup dengan memakan lalat yang masuk ke dalam tempurung itu. Semasa Si Katak A ini kecil, memanglah senang untuk menyelinap masuk ke dalam tempurung. Tapi bila sudah boring tinggal dalam tempurung tu dan kerjanya cuma makan dan tidur, maka barulah Si Katak A terfikir untuk berpindah ke tempat lain. Tapi saiz  badannya pula sudah semakin besar dan susah untuk keluar dari situ, jadi Si Katak A ini terus terperangkap di dalam tempurung dan terputuslah secara langsung dirinya dari dunia luar yang luas.

Gambar 2:

Katak, Frog, Bawah Tempurung

Gambar 2 di atas tu perumpamaan ”Bagaikan Katak Duduk Sebelah Tempurung”. Mami namakan katak ini Si Katak B.

Si Katak B ini adalah lebih baik daripada Si Katak A, di mana dia lebih mengetahui akan keadaan dunia luar, boleh memakan serangga yang lebih besar selain lalat, mempunyai perasaan cemburu akan katak lain, boleh menghirup udara luar yang segar dan sebagainya. Namun, sama seperti Si Katak A, dia tidak mahu mengambil tindakan untuk mengubah dirinya sendiri. Si Katak B hanya selesa duduk di sebelah tempurungnya sambil memerhatikan dunia sekeliling.  Si Katak B ini juga sering tertawa melihat gelagat katak-katak yang lain. Selain itu, sering dalam hati kecilnya berkata, “setelah tiba masa aku nanti, akan ku bawa perubahan terhadap dunia ini”. Namun hanya duduk bersendirian di tepi tempurung tanpa sebarang tindakan pun yang hendak dibuat.

Jadi mami nak tanya, korang nak jadi macamana? nak jadi Si Katak A atau Si Katak B?

Bagi pendapat mami pula, korang tak perlulah nak jadi macam dua-dua katak tak berguna tu, jadilah diri sendiri yang yakin pada diri sendiri, tak mudah berputus asa dan sentiasa menjadikan diri lebih baik dari masa ke semasa.

Katak Lompat

2 responses to “Katak Ooo Katak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s