Ikan Asam Pedas Johor Pn. Zainon A. Bakar

Asam Pedas Johor

Hari ni mami nak cerita pasal resepi Ikan Asam Pedas Johor, mami punya mak tersayang iaitu Pn. Zainon A. Bakar.

Keluarga Saya

Kalau sesiapa yang nak rasa, yang asli punya Ikan Asam Pedas Johor, meh datang ke rumah Pn. Zainon A. Bakar. Ikan Asam Pedas Johor Pn. Zainon A. Bakar yang paling sedap mami pernah rasa takat ni, dengan pekat kuahnya, cukup rasa asamnya, ditambah pula dengan daun kunyit, memang sangat sedap. Kenapa mak tersayang mami ni tak pakai daun kesum atau bunga kantan macam orang lain?. Ini kerana daun kunyit akan mendatangkan rasa lebih segar dan wangi baunya. Tapi macamana nak masak Ikan Asam Pedas Johor Pn. Zainon A. Bakar ni ek mami?. Ok di sini mami nak kongsi cara-caranya:

Pertama sediakan bahan-bahan ini,

Dalam sekilo atau sekilo setengah ikan (sebaiknya ikan siakap/sinohong/gelama/ikan duri (ツ dah macam pantun plak da) /bawal/sembilang/pari. Pembetulan sikit, ikan senohong, mami tak tahu pula rupanya macamana dan ikan gelama tak berapa sedap kalau nak masak asam pedas ni, tapi kalau takde ikan lain, ‘bantai’ je ikan apa yang ada dalam peti sejuk tu ツ)
1 cawan asam jawa (jangan guna yang segera, sebab kurang sedap)
2 helai daun kunyit muda
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
8 biji bawang kecil
4 ulas bawang putih
25 biji lada kering
10 biji lada hidup merah
Minyak untuk menumis, garam & penambah perasa (ajinamoto)

Bila bahan semua tu dah ada,

1 ) Lada kering digunting kecil-kecil, rebus dulu, tos airnya, kemudian basuh hingga bersih

2 ) Kisar bersama lada hidup sampai betul-betul lumat

3 ) Kisar halia, kunyit hidup, bawang kecil, bawang putih

4 ) Ambil periuk sederhana saiz, tuang minyak dalam tu, biarkan cukup panas

5 ) Tumis (langkah 3)

6 ) Bila bahan tu dah bertukar warna keemasan, bubuh (langkah 2)

7 ) Tunggu hingga betul-betul naik minyaknya

8 ) Tuang air asam

9 ) Bubuh garam dan penambah perisa

10 ) Bubuh daun kunyit

11 ) Bubuh ikan (pastikan ikan tu, sudah dibuang sisik kalau ada dan hilang bau hanyir)

12 ) Kecilkan api, tunggu sampai ikan masak

13 ) Dah siap. Senangkan

Ikan

2 responses to “Ikan Asam Pedas Johor Pn. Zainon A. Bakar

  1. ckp pasal asam pedas ni la kan…saya nih org JB tapi bila gi melaka paling best saya suka kat sebelah hotel straits meridian. Ada 2 gerai..bukan yg ngadap bangunan tapi sebelah dia slurppp hehehe. Dari anak sorang baby sampai dah 4 orang besor panjang masih gi sana. Kat JB nih..saya suka kat restoran dalam stadium pasir gudang..x ramai orang tahu tapi memang best dia nyer asam pedas. kalu senang2 jenguk la yer blog saya kat http://www.blogmakanbest.blogspot.com topik makan jerrrr hehehe…dan register la yer sebagai follower maklum la blog baru nih sunyiii jerrr TQ TQ TQ

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s