Sedih Hati

Sedih Hati adalah sebuah pengungkapan rasa terdalam manusia, iaitu 1 perasaan yang mampu menusuk jantung sehingga luluh hatinya atau bagaikan terasa ada lori kontena yang menghempap dada atau seperti penyambung penafasan yang dipijak wayar, sehingga tidak dapat bernafas. Apa yang pasti rasanya sangat perit tidak terkata.

Pada saat sedih melanda, kesenangan dan harapan, seakan hilang sinarnya seketika. Tidak ada lagi kegembiraan apatah lagi keceriaan. Raut wajah seakan tidak terlihat lagi naturalnya. Yang cantik terlihat kusam, yang ganteng (hensem) dengan kusut masainya, baju malas nak dibasuh, rumah pun tidak terkemas, hilang pergi minyak wangi yang selalu disembur setiap kali mandi dan pelbagai lagi perkara yang sewaktu dengannya. Semua manusia dalam muka bumi ni pasti akan merasai perasaan ini. Mana adil jika indah semuanya kehidupan, betul tak?.

Sedih, Nangis

Perasaan ini berlaku atas banyak faktor, antaranya dikecewakan, dikhianati, teraniaya, keluarga tersayang meninggal dunia (pernah alami hal ini, kerana adik dibunuh kejam), menjadi penjamin kepada peminjam yang tidak bayar hutang (macam apa yang suami alami. Tetapi sekarang hal ini sudah selesai kerana pinjaman tersebut sudah suami lunaskan keseluruhannya. 35,000.00 tu!!!, macam nak pengsan bagi free-free dekat bank. Senang betul hidup orang itu melarikan diri, tahu-tahu hutangnya sudah berbayar)

Lain orang lain masalah. Terpulang pada diri masing-masing bagaimana cara hendak menghadapinya.Sedih, Nangis

Antara cara mengatasi masalah yang dihadapi adalah,

1. Pastinya Kena Ingat Allah.
-Semua ujian pasti ada hikmahnya.

2. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit.
-Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan.

3. Buang Sikap Runsing.
-Ada dua kesan dari sikap ini, pertama ia menarik masalah tanpa dipinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan.

4. Belajar Rajin Bersyukur.
-Ucap syukur atas kesemua yang kita ada.

5. Belajar Menjadi Pemaaf.
-Sikap ini dapat membersihkan hati seterusnya meneutralkan gelombang fikiran negatif.

6. Ketawa.
-Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan.

7. Hati Mesti ‘Keras’.
-Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka.

Di bawah antara  MV yang benar-benar menusuk hati. Setiap darinya, menceritakan jalan cerita yang sangat menarik.

Just Smile (Zia)  –  Mengisahkan seorang bapa yang kehilangan anak perempuannya yang diculik, dirogol dan dibunuh. Untuk cuba melupakan kejadian itu, Si Bapa cuba mengumpul semula barang peninggalan anaknya ditempat kejadian untuk dihanyutkan ke laut. Perkara seperti ini memang sangat kejam dan tidak dapat diterima oleh mereka yang waras fikirannya.

Like Being Hit By A Bullet (Baek Ji Young) – Kisah seorang wanita yang ditinggalkan kekasihnya dan kekasihnya itu sudah menemui orang lain. 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s