Tempat Wajib Pergi, Bila Di Tokyo, Japan

Banyak tempat menarik di Tokyo antaranya Ginza (wilayah gedung perniagaan mewah)Asakusa (wilayah gedung cenderahati yang berdekatan dengan sebuah kuil yang dikenali sebagai Kuil Sensoji), Disneyland (post tentang taman tema penuh fantasi ini, boleh klik di sini), Akihabara (wilayah yang terkenal dengan pelbagai alatan elektronikdan banyak lagi tempat yang wajib di kunjungi sekiranya sudah sampai di TokyoTetapi di ruangan kali ini, mami ingin menceritakan mengenai Ginza & Asakusa sahaja.

Pertama, mami ingin berkongsi tentang Ginza. Seperti namanya yang kedengaran eksklusif, Ginza, Tokyo adalah tempat untuk memperabiskan duit paling mahal di Japan dan juga dunia. Jadi tidak hairanlah jika hanya secawan kopi mencecah harga ¥762 (RM31). Maka sebab itu, bagi korang yang merancang untuk pergi ke Japan, mami sarankan untuk membaca post di ruangan sebelum ini iaitu Persediaan Sebelum Berholiday Ke Japan terlebih dahulu ツ. Semuanya serba cukup dan wilayah ini menjadikan Japan antara negara paling sibuk di dunia. Jadi untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas, basikal merupakan salah satu pengangkutan terpenting di sini.

Ginza, Tokyo

Ginza, Tokyo

Ginza, Tokyo

Ginza, Tokyo

Ginza, Tokyo

Ginza, Tokyo

Ginza, Tokyo

Di bawah ini adalah sebahagian peta kawasan di Ginza

Ginza Map

Jika lazimnya kita mengelak melakukan aktiviti membeli-belah pada hari minggu kerana bimbangkan kesesakan lalu lintas, namun di Ginza sebaliknya, ia selesa dikunjungi pada hari Sabtu, dari jam 2pm – 5pm manakala pada hari Ahad, dari jam 12pm – 5pm. Ini disebabkan jalan ditutup kepada lalu lintas. Malah bagi April – September pula, waktu jalan ditutup dilanjutkan sehingga jam 6pm. Malangnya suasana ini tidak dapat mami rasakan, memandangkan setelah 5 hari (Isnin-Jumaat) menginap di kawasan ini (Hotel Gracery), mami perlu meneruskan perjalanan ke Hiroshima (postnya boleh klik di sini), Kyoto dan Osaka (postnya boleh klik di sini).

Antara yang menarik di Ginza ini adalah:

1 > The Ginza Wako Clock Merupakan mercu tanda di Ginza. Gambar ini adalah pada awal kedatangan mami di sini. Pada asalnya mami berkunjung ke Japan adalah mengikuti dua kawan baik mami untuk menghadiri seminar (The 4th IWA-ASPIRE Conference & Exhibitiondi Tokyo International Forum.

The Ginza Wako Clock, Tokyo, Japan

Tokyo International Forum, Ginza, Tokyo

Tokyo International Forum, Ginza, Tokyo

Tokyo International Forum, Ginza, Tokyo

 Liputan berita di Japan mengenai seminar ini.

Tokyo International Forum

Tokyo International Forum

2 > Sebahagian gedung perniagaan mewah berjenama antarabangsa antaranya:

– Salvatore Ferragamo.

Salvatore Ferragamo, Ginza, Tokyo

 Prada & di sebelahnya Tiffany & Co.

Prada, Tiffany & Co., Ginza, Tokyo

– Laura Ashley.

Laura Ashley, Ginza, Tokyo

ZARA.

ZARA, Ginza, Tokyo

ZARA, Ginza

– Balmain Paris.

Balmain Paris, Tokyo, Ginza

Balmain Paris, Tokyo, Ginza

– Shiseido.

Shiseido, Ginza, Tokyo

Yamaha Music Store

Yamaha, Tokyo, Ginza

Yamaha Tokyo Ginza Store

Jam pelbagai jenama.

Ginza, Tokyo

– Van Cleef & Arpels.

Van Cleef & Arpels, Tokyo, Ginza

– Swarovski Crystal.

Swarovski, Ginza, Tokyo

– Audemars Piguet.

Audemars Piguet, Tokyo, Ginza

– Burberry.

Burberry, Tokyo, Ginza

 Mont Blanc.

Mont Blanc

3 > Ginza Internal Medicine Clinic.

Ginza Internal Medicine Clinic

Ginza Internal Medicine Clinic

> Gerai/kedai makanan.

Ginza, Tokyo, Pompadour

Ginza, Tokyo

Ginza, Tokyo

Ginza, Tokyo

Ginza, Tokyo

Ginza, Tokyo

Ginza, Tokyo

Kedai yang cantik, tapi tidak berani nak masuk (mungkin non-halal ).

Ginza, Tokyo

Ginza, Tokyo

> Pondok telefon.

Ginza, Tokyo

Ginza, Tokyo

Ginza, Tokyo

6 > Shopping Mall.

Ginza, Tokyo

Ginza, Tokyo, 4D CityScape Time Puzzle

Ginza, Tokyo, Gundam

Ginza, Tokyo

Snoopy, Ginza, Tokyo, Japan

Ginza, Tokyo, Lego

Ginza, Tokyo, Schleich

Ginza, Tokyo, Hello Kitty

Ginza, Tokyo, Ultraman

Ginza, Tokyo, Shopping Mall

Seterusnya mami ingin membuka topik mengenai Asakusa pula, iaitu salah satu tempat yang paling banyak dilawati pengunjung ketika datang di Tokyo. Salah satu faktor ramainya pengunjung adalah sejarah tentang kewujudan Kuil Sensoji. Dipercayai menurut lagenda, ada dua orang nelayan merasakan ada sesuatu benda tersangkut di jala mereka ketika hendak menangkap ikan dan mendapati ianya adalah sebuah patung Bodhisattva Kannon. Mereka juga telah mendapati bahawa patung tersebut adalah patung dewa penting dalam ajaran Buddha. Jadi semenjak kejadian tersebut, salah seorang dari nelayan itu kemudiannya bersumpah untuk menjadi seorang pendeta Buddha dan menghabiskan sisa hidupnya untuk pengabdian kepada patung itu di rumahnya yang dijadikan sebuah kuil. Gambar di bawah ini adalah gambar yang mami sempat ambil ketika rancangan tentang Asakusa diterbitkan.

Asakusa, Tokyo, Ginza, Japan

 Bermula dengan bersarapan pagi sebelum keluar.

Asakusa, Tokyo

Sediakan baju hujan sebelum hujan  .

Asakusa, Tokyo

Ginza, Tokyo, Asakusa, Tokyo

Asakusa, Tokyo

Asakusa, Tokyo

 Muhammad tidur kepenatan dan tidak lupa gambar abah untuk melepas rindu .

Asakusa

43 responses to “Tempat Wajib Pergi, Bila Di Tokyo, Japan

  1. Pingback: Persediaan Sebelum Berholiday Ke Japan | Sila Masuk

  2. Pingback: Pengalaman Di Osaka Dan Kyoto, Japan | Sila Masuk

  3. salam, 1MALAYSIA. Saya pernah jejakkan kaki di negara matahari terbit ni,tapi di bahagian Nagano.Kat situ bnyak tmpat sejarah dan terkenal ngan muzium sutera di okaya city.seronok kat sana boleh main ski bila musim salji turun dll.sya menetap d sana hanpir 3 thun. JAPAN Memang bestlah.

  4. Salam puan, saya nak bertanyakan beberapa soalan, harap dpt menjawabnya.hehehe…

    1) jika hendak ke tokyo, better turun airport dkt narita ke haneda?

    2) di tokyo city, puan tahu tak di mana terletaknya “ryokan” dan “japanese capsule hotel”? sebab kalau duduk kt hotel agak mahal kan.

    3) bila sampai di narita airport, saya ada survey kos tambang naik public transport ni agak mahal, better naik train ke? dari segi kos dan masa perjalanan.
    mcm mana dgn bas?

    terima kasih, jika ada apa2 saya tanya lg..

    • salam aen, sebaiknya turun dekat haneda airport🙂.
      1) kalau naik train dari haneda airport, kena naik monorail (25-30minit) lepas tu tukar station, naik subway (jalan kaki 15minit ke station). naik subway dalam 20minit lagi baru sampai tokyo. kalau naik van/teksi/bas dalam 30minit.
      2) kalau dari narita airport, jalan kaki 15minit ke station, naik express train (dalam 1jam), turun dekat aoto station, tukar terminal line naik asakusa subway. sampai daimon station, tukar lagi line subway. kalau untuk pertama kali naik train, disarankan baik naik van/teksi/bas, perjalanan dalam 1jam10minit.
      3) dekat airport ada kaunter khas bas. yg terus ke tokyo. yg tu lg murah dan senang.
      4) kalau nak penginapan murah kawasan tokyo, cuba awak klik sini.

    • Assalam mami…tahniah firstly darisaya sbb menyediakam blog yg sgt berguna utk saya…saya akan brjln2 ke jepun insyaallah bln 6 2013…tp tiketblom bli lg..di sini saya ada beberapa ke,usyikalan nak tanya…
      1) saya myb akan menetap di nagoya tumpang tempat kwn di sana dan sayapergi bersama dgm 2 org lagi kwn yg mana seorg darinya membawa anak berusia 5 tahun…sy dh tgk tiket myb nak amik trus ke tokyo 2 jun tu sampai haneda airport tp tiketnya mlm bru sampai airport tokyo..so mami ada cdgn tak trnsport nk dr airport berserta dgn hotel sekitar airport haneda yg rate 100-200 sbb kalo nk trus ke nagoya takut ambil masa lak
      2) jauh x dari tokyo nak ke nagoya sbb perjalann kami myb hanya sekitar nagoya n tokyo? Transport apa yg sesuai n brp kos nya? Perlu tak kami beli JR? Or ade alternative lain?
      3) sy sbnrnya mcm blurr lagi nak pegi mana…myb g disneyland, ginza n asakusa… N tempat lain tak tau lagi. Mami ada tak tempat pemandangan menarik yg boleh dilawati n tempat shopping souvenier yg murah2..rasanya bulan 6 tu musim pns kn so x dpt la nak tgk sakura…:(
      4)kalao sy budget dlm rm2 k ok x termasuk dgn byrn train n perjalanan sekitar tokyo -nagoya?sbb mkn mayb kitorg msk
      sendiri
      5) kitorg menetap kt nagoya tp nk jln area tokyo. ..hmm mami rasa berbaloi tak kalo nk ulang alik dr nagoya ke tokyo setiap hari or just stay je kt tokyo booking hotel kt situ?

      Mami thanx bebyk hope mamidpt membantu saya budak baru bljr ni🙂 moga allah shj yg bls jasa mami.tq

      • salam izzah,
        1) haneda airport ke tokyo ambil masa dalam 1jam lebih kurang. Dari airport terus ke nagoya pula mmg penat dan susah sikit sbb sudah malam (perjalanan 2jam setengah/hampir 3jam). jadi sebaiknya bermalam dulu di sekitar hotel di airport, hotel boleh cari di sini.
        2) sebaiknya beli jr pass, keretapi kenderaan awam yg terbaik di sana.
        3) cuma mami masih tak berapa faham, awak sampai japan, jalan2 terus ke tokyo atau nagoya dulu, kalau mami punya pendapat, baik jalan2 dulu ke tokyo, cari hotel murah di sana, sudah puas dekat tokyo tu baru pergi nagoya. selain disneyland, ginza dan asakusa, dicadangkan pergi ke tokyo trick art muzeum (perjalanan dalam 1jam naik train), ttg trick art muzeum japan ni awak boleh klik sini. tempat ni mmg best. lagi awak boleh pergi tokyo tower, kira kalau msia ni mcm klcc dianya femes. sakura biasa dalam bulan 4/5. masa musim bunga.
        4) 2k kira ok2 jer budgetnya, kalau boleh bawak lebih sikit dalam 3k utk puas sikit dekat sana nanti, takut pepehal ada kecemasan dekat sana, mana tahu ada masalah transport ke😀.
        5) soalan no5, sudah dijawab dekat no. 3😀.

  5. assalamualaikum.saya dah beli tiket 2org ke tokyo jepun ngn airasia iaitu flight dan hotel.dr haneeda ke tokyo kiba.saya dijangka sampai jam 11.45 mlm.soalan saya kalau saya tak beli pas haeian tren buleh tal saya naik kereta atau teksi ke tokyo kiba hotel tempat saya menginap sbb saya cuma berada selama 3 hari 2 mlm sahaja.dan kalau saya ingin melawat ada tak kereta sewa yg boleh membawa kami menjelajah sekitar tokyo.terima kasih.

  6. Assalamulaikum…mintak maaf ye nak tumpang tanya , saya berhajat betul nak g ke jepun tu…Rasanya niat saya tu saya nak tunaikan bila saya berkahwin nnti,bwk bini g Halimun kt sane…igt boleh la wat Shot2 weading kat sane nnti….. Soalan saya….Ade tak pemandu pelancong dikalangan org2 melayu kt sne blh kita guna kditmat mereka secara harga yang tidak terlalu mahal…huhu

    • salam,
      ok mami dh ajukan pertanyakan awak pada kawan dekat sana, nanti dia war2kan kepada kump. srikandi sakura cuma lg bagus, kalau ada maklumat terperinci tentang percutian awak nanti.🙂

  7. Salam mami, sy berminat nk berjalan di tokyo.. Cuma sy nk tau musim luruh nye bulan berapa? Dan sy dah survey kt airasia, utk ke tokyo airport mane paling dekat..mntk info ye mami..:-)

  8. Assalamulaikum mami…semoga mami berada dlm keadaan sihat walafiat dan bahgia di samping keluarga tercita… Saya nak menyusahkan mami skit ni…huhu…Saya ade terbace Air Asia ade bgi Promosi harge tambang murah ke jepun tarikh last tempah tiket pada 1 April ni…Tempoh terbang dari 1 julai hingga 17 November 2013 ni…Dari LCCT ke Osaka – Kansai Rm329.00 dari LCCT ke Tokyo – Haneda Rm349.00. saya rase nak pegi sgt2 ni mami..huhu..

    Soalan saya berbunyi seperti berikut :

    1) Apakah langkah pertama yang saya perlu lakukan??? dgr kene buat visa ea??? saya nak pergi 4 org..adakah 4 4 org tu kene buat visa??? nak buat dimana tu..mcm saya duduk di Jengka , Pahang dan 3 ahli keluarga saya duduk di Pt.Raja , Batu Pahat , Johor.

    2) k bila kami dah konfom boleh g kami perlu beli teket untuk turun di Air Port mana tu mami??? kami bercadang nak bercuti selama 3 hari 2 mlm disana.

    3) Boleh bagi cadangan kpd kami untuk pergi bln bape ,berdasarkan promosi Air Asia tu dari 1 Julai sampai 17 Nov 2013 . Dgr kate bln Julai musim panas kat sane kan, dan panas die mencecah 30′ dan blh lebih lg kan..ui lbh panas dri negara kita tu..

    4) kami bercadang nak g Disney land , tempat2 menarik dan tempat Shoping yang tidak terlalu mahal dan mampu di beli oleh golongan pertengahan mcm kami ni. Contoh brand pakaian seperti Levis , Evisu , Guees , baju2 yang cun2 dan barangan cenderhati yg hargenya tak mengkelabukan mata kami…huhu

    5) Cadangkan hotel2 murah di kawasan tersebut.

    6) Cadangkan tempat makanan halal yang tidak terlalu mahal terutama kpd kami org2 biasa ni. ( Bkn tempat2 org kaya ) huhu..

    7) Ade masaalah komunikasi tak dgn org2 kt sane terutama dgn pemandu teksi almaklumlah kami ni mmng tak reti nak berbahasa jepun ni , tau Speking org putih pun tak la brape Perfec..huhu

    8) Mahal tak tambang teksi kat sane…ke lebih kurang dgn negara kita je…Ke ade recommendation pengankutan awam lain bagi kami untuk pergi ke satu tempat ke tempat yg lain???

    9) Kalau beli barangan Elektronik contoh seperti jam , Handfone dan spare part kete kene cukai tak kat air port bila nk blik nnti mami???

    10) Apakah saranan dan nasihat2 mami bila kami telah berda disana nnti…

    11) Adalah besar sungguh harapan kami untuk menjejakkan kaki di Negara terbit matahari tersebut mami sebegitu besar juga la harapan saya kpd mami untuk membantu memberikan maklumat yang berguna kpd kami agar Allah lancarkan segala urusan kami ketika bercuti di sana nnti…huhu

    12) Saya harap mami tak bosan bace soalan saya ini dan hrp dpt membls dgn sabar , almaklumlah kami mmng tak pernah g ke sane tu…Rase takut jugak nak g tanpa sebarang maklumat dan persediaan. K pape pun saya dahului denagn ucapan berbanyak2 terima Kasih kpd Mami… : )

  9. Salam mami…sy bercadang nak ke japan pertengahan mei 2013.focus area tokyo wt 2 kids. 4 yrs n 7 month. Senang x pergerskan menggunakn stroller.kt mana tpt shopping baju budak. Senang x nak cari halal food. Last but not least boleh gina credit card shoppin kt sana…tqvm:)

    • Stroller byk membantu tapi masalah akan berlaku masa berjalanan nak naik atau turun dari stesen, sebab tak semua stesen keretapi yg menyediakan lif, lagi teruk ada stesen tangganya agak tinggi, kalau tak bawak stroller lagi susah, sebab di Japan kalau menggunakan keretapi mmg kena byk berjalan. Kad kredit takda masalah, sama mcm tpt lain2.

      Baju budak disneyland cantik2. kebanyakkan baju harga dalam 1900yen anggarannya🙂

  10. Salam Mami.

    Kat Disneyland tak susah ke cari makanan halal ? Biasanya pakej ke Disneyland adalah dari pagi sampai petang dan makanan tak dibenarkan dibawa masuk.

    • Makanan halal takde dekat Disneyland, cuba sorok2 bawak makanan. Mami buat mcm tu🙂. Dorang tak cek InsyaAllah. Sana kalau nak beli makan pun banyak makanan ringan, popcorns, gula-gula. Takpun try western food.

  11. Assalamualaikum, nk tanya, if pergi jepun dlm awal december 2013 ni musim apa ya? Saya akan bawa ank umur 2tahun n 1 tahun.. ape preparation yg perlu…mayb puan ada suggession.sbb this is my 1st time nk pergi ke Jepun. tq.

    • Waalaikummussalam, sorry lambat balas. Awal disember sudah tamat musim luruh, permulaannya musim sejuk (suhu dalam 20 celcius). Waktu ni kadang2 salji akan turun, kalau salji turun boleh sampai suhu 7 celcius, baby sesuai pakai baju yg mcm eskimo tu (ada tutup kepala), dewasa bawa sweater yg tebal sikit. Jgn lupa bawa stroller yg ringan2 sahaja🙂

  12. Salam mami. nak tanya Tsukiji Fish Market, Tokyo Tower, Imperial Palace, Diet Building dan Toyota Showroom ok ke untuk dilawati. Ini adalah tempat2 melawat yang telah disusun untuk saya pada Nov trip ke Jepun. Kalau tempat2 ni kurang menarik, saya cadang nak tukar ke Akihabara sebab katanya ada banyak barangan elektronik yang murah2 kat situ.

    Macam mana pulak dengan Mt Fuji ?

    • Semua tpt menarik, Tsukiji Fish Market kalau nak pergi mesti dtg awal, buka 5am kalau lambat market tu dah tutup. Imperial Palace & Diet Building (tpt parlimen) hanya boleh bergambar luar bangunan. Akihabara, bergantung juga, kalau yg minat dgn barang elektronik, dicadangkan pergi tapi kalau takminat tak pergi pun takpe. Kalau nak bershopping dicadangkan ke Shibuya, semua ada dekat situ. Mt Fuji, sesuai untuk bulan 10 ke atas, cantik…pergi jgn lepaskan peluang🙂.

  13. Salam mami, saya akn pegi ke tokyo awal bln nov ni pegi seminggu tp 5 hari keja n ambk 2 hari utk jln2. Mami blh x bg cdangan tempat yg patut saya pegi dan kalau nk beli souvenior murah kt mana ya, kalau nk cari tour guide mahal x utk 2 hari tu.

  14. Salam mami..boleh cadangkan tak tempat permainan game (game arcade) di jepun..kalau nak pegi musim autumn, awal september tu memang dah mula cantik atau hujung september lagi menarik..

  15. Asalam mami…inshAllah nk g tokyo dec. g sndiri wiz 2 anak 13n10 yrs, tmpt pilihan disneyland, gundam rest, pokemon center, hello kitty world n nk g tmpt ala2 samurai or kampung yg leh dress up mcm oshin…mami leh advise tak

  16. Assalamualaikum.,
    seronok baca catatan perjlnan mami ke tokyo….saya Amilah,hubby,3 daughters & 65 years old mother, satu family akan ke sana on 14 jan 2014 bertolak & will reach almost midnight at haneida airport….suspen jga ya… Any tips? pakaian mcm mna yg sesuai? apa sugestion makanan yg sesuai di bawa? thanks a lot for d info

  17. Assalamualaikum mami,

    Seronok baca blog mami tentang tokyo. Saya sudah membeli tiket flight ke Haneda, Tokyo. Saya ada beberapa soalan nak tanya dengan Mami.

    a) Flight saya tiba di Haneda pada pukul 10.45mlm dan saya bercadang untuk mengambil hotel di bandar Tokyo. Ape transport yang yg saya boleh ambil untuk bergerak dari airport pada waktu malam ?

    b) Saya bercadang untuk melawat sekitar tokyo sahaja. Boleh mami cadangkan tempat menarik di Tokyo selain Disneyland ?

    • W’salam, maaf lambat reply. Kemalangan dan patah kaki 3 bulan lepas. Baru hari ini buka blog.

      a) Byk soalan ini diajukan dan mami sudah bertanya kawan-kawan yg tinggal di sana. Jawapan mereka sama iaitu lebih baik tunggu di airport hingga esok hari🙂. Perkhidmatan awam dibuka semula seawal 5pagi. Atau awak boleh baca post mami di sini, di bahagian bawah, ada tambahan rujukan di situ.
      b) Tokyo tower jgn lupa. Sensōji (Asakusa Kannon Temple)- byk cenderhati sepanjang jalan menuju ke kuil ini.Harajuku-popular tempat ni. Ataupun boleh klik link ini

  18. Askum mami..
    Sy bru je lpas bsalin..hrini abis pantg 44 hari..
    Pd 25 sept ini sy serta kluarga akn bcuti ke tokyo,kyoto n osaka’pcutian 10 hr..soklan sy…

    1) sesuai ke sy bwk bayi berusia 3 bln lebih ni?
    2)musim luruh dh bmula pd sept ni kan..adakah pmandangan daun2 bwarna kuningan serta kmerahan dpt dilihat?
    3)actually tiket smua dh bli,kmi seramai 5 Dewasa n 1 ank 4 yrs n 1 bb 3 month.kmi dr klia2 ke osaka.tp ingin ke tokyo dahulu kemudian ke kyoto n akhir trip ke osaka.soalan sy,transport apa sesuai ke tokyo dr lpangan kansai?
    4)skiranya mbawa bayi 3bln ni,byk ke tmpt yg boleh dilawati?

    Sekian,trima ksih mami sudi mbntu sy🙂

    • W’salam,
      1) Keadaan yg gugur betul daun first week December. 25 September, autumn baru mula. Suhu tak kurang dari bawah 10 degree. Ada orang tahan. Ada juga orang perlukan baju tebal. Baju baby tebal sikit pun takpa.

      2) Utk baby umur 3 bulan tu ok je, area kyoto & osaka cantik tempatnyer.

      3) Selalunya kalau nak ke Kansai Airport, naik speed train (Shinkansen)
      Dapat pengalaman naik speed train. Selain tu naik flight balik. Tapi jarang orang buat naik flight ke Kansai.
      Selalu tourist guna speed train je🙂.

      4) Yg ada baby boleh ke close area mcm Sea Paradise Yokohama. Jauh skit dari Tokyo. Tempat lain Odaiba. Disneyland pun bagus. Sayang tak pergi. Baby kalau tak meragam boleh je usung bawa pe mane-mana🙂. Time autumn suhu sedap-sedap. Baby selalu tidur. Waallahualam.

  19. salam puan,

    saya ada benda nk tny la kt puan.saya nk ke jepun pd 2015 secara backpakers kemungkinannya sekitar tokyo shj dlm seminggu. adakah jr pass di perlukan yg secara 10 hari tu atau secara harian shj memadai?

    Berkenaan dgn pengangkutan.. sy survey jepun ni ada byk pelbagai jenis “subway” ..sampai pening di buatnya. adakah puan sudi membantu sedikit sebyk ttg subway ni..ada subway line jr, line subway tokyo, line subway toei dll.. sy ada bc blog puan yg mengatakan bhw jika sekitar tokyo jr pass tidak di perlukan cuma beli tiket train shj.

    Tambahnya, sy ada guna google maps.cthnya, dr hotel ke tmpt spt shibuya, akihabara dll.google maps byk menunjukkan menggunakan line jr.( ok tak ayat sy puan, sorry le jika tidak paham)

    terima kasih

    • Waalaikumusalam, minta maaf terlewat balas. Sekitar tokyo tidak perlukan jr pass. beli pass per day sudah memandai.

      Laluan keretapi mmg mengelirukan. Salah naik lif pun dah boleh sesat. Saya nasihatkan, pergi dulu ke kaunter pertanyaan sekiranya ragu-ragu. Kebanyakkan laluan biasanya menggunaan laluan JR.

  20. Salam, kami adalah pelajar Malaysia yang menetap di Jepun. Kami menawarkan perkhidmatan Tour Guide, Penginapan Guest House dan juga Pakej Budget dengan harga yg murah. Misi kami adalah untuk membantu rakyat Malaysia melancong ke Jepun sambil dapat mempelajari budaya masyarakat Jepun.

    Sila hubungi melalui :
    Website : http://www.melancongkejepun.com/
    Facebook : Melancong Ke Jepun
    Phone : +818088695448 (Adib, Tokyo)
    Email : melancongkejepun@gmail.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s