LEGOland Malaysia

Legoland Malaysia, LogoTopik kali ni, mami nak kongsi tentang LEGOland Malaysia. Rasanya ramai yang sudah sedia maklum dan sangat gembira yang mana akhirnya taman tema antarabangsa seperti ini akan beroperasi di Malaysia tidak lama lagi (pada penghujung 2012). Lebih tepat lagi lokasinya di Nusajaya, Iskandar Malaysia, Johor. Bagi rakyat Johor seperti mami, sudah pasti berbangga apatah lagi sememangnya taman tema ini tidak jauh dari tempat kediaman. Gambar-gambar boleh klik linknya di sini.

Lagi info menarik tentang LEGOland Malaysia:

 Merupakan taman tema berkonsep LEGO yang pertama di Asia dan menjadi taman tema antarabangsa pertama di Malaysia.

 Terdapat 40 jenis permainan interaktif antaranya Main Theme Park, 4D Theater, Kids Driving School dan banyak lagi. LEGOland Hotel dan Lifestyle Mall juga akan didirikan di sini.

Menjadi pusat tumpuan utama kepada kompleks bersepadu seluas 5,500,000 kaki persegi (510,000 meter persegi) di kawasan Industri Nusa Cemerlang (rantau ekonomi Iskandar Malaysia) yang terdiri daripada pusat gaya hidup, kedai runcit, pejabat, hotel, pangsapuri, perkhidmatan dan unit-unit kediaman.

Dimiliki dan dibangunkan oleh Merlin Entertainments.

Akan beroperasi sepanjang tahun.

Meliputi kawasan seluas 70 ekar (280,000 meter persegi).

Mensasarkan 1.5 juta pelawat semasa pembukaannya nanti.

Harga tiket dikenakan RM140 (dewasa) dan RM110 (kanak-kanak), + rebat RM30 untuk pemegang Mykad atau menggunakan pas masuk tahunan:

  • Pas masuk pra-pembukaan (sah untuk 12 bulan) – RM195 (dewasa) dan RM150 (kanak-kanak lingkungan 3-11 tahun).
  • Pas masuk tahunan biasa (sah untuk 12 bulan) – RM275 (dewasa) dan RM210 (kanak-kanak lingkungan 3-11 tahun).

 LEGOland Malaysia merupakan taman tema kedi dunia selepas LEGOland Billund, LEGOland Windsor, LEGOland California, LEGOland Deutschland dan LEGOland Florida.

Ginza, Tokyo, LEGO

4 responses to “LEGOland Malaysia

  1. Dah buka untuk public semalam😉
    Tiket dewasa rm140..agak mahal tapi lebih kurang jer dgn USS.
    Sapa dok umah dekat nusajaya, baik beli annual pay. Hari2 boleh pi sepjg tahun.
    Jom pi?!

  2. Pingback: Ronda LEGOland | Sila Masuk

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s