Di Sebalik Cerita Ka’abah

Indahnya Kaabah, Indahnya Ciptaan Allah

Assalamualaikum, kali ini mami nak kongsi sesuatu yang menarik apabila terbaca kisah ini di satu blog iaitu Di Sebalik Cerita Ka’abah yang ramai tidak ketahui. Menurut Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud “Apabila mati seseorang manusia maka terputus segala amalannya kecuali tiga iaitu sedekah yang berkekalan, ilmu yang dimanfaatkan oleh orang dan anak soleh yang mendoakannya”.

Jadi apa yang menarik tentang Ka’abah ini adalah:

  1. Kawasan kedudukan Ka’abah merupakan tempat yang mempunyai graviti paling stabil di bumi.
  2. Tekanan graviti yang  tinggi, menyebabkan segala bunyi-bunyian tidak boleh didengari oleh telinga walaupun ada pembinaan dibangunkan.
  3. Tekanan graviti yang tinggi juga memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.
  4. Elektron ion negatif yang terkumpul di situ menjadi tinggi, maka kebanyakkan doa akan termakbul kerana di Ka’abah adalah tempat gema dan masa serentak.
  5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, mahu terus hidup dan penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.
  6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Ka’abah.
  7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Ka’abah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Ka’abah kerana tekanan graviti yang tinggi.
  8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu jika bersembahyang di Masjidilharam, walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.
  9. Ka’abah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.
  10. Tidur dengan posisi menghadap Ka’abah juga secara automatik membuatkan otak tengah akan terangsang sangat aktif sehingga ke tulang belakang dan menghasilkan sel darah.
  11. Pergerakan mengelilingi Ka’abah mengikut arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta dan semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam kerana Allah telah tentukan hukumnya begitu.
  12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka’abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Kerana itu mereka yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.
  13. Bilangan tujuh mengelilingi Ka’abah adalah simbolik untuk mendapat ibadat yang tidak terhingga banyaknya.
  14. Disebalik larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala dibuat untuk lelaki kerana rambut dan bulu roma dapat menjadi antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Ka’abah. Sebab itu selepas melakukan haji terasa seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan Nur atau cahaya yang baru.
  15. Rahsia disebalik bercukur pula adalah untuk membersihkan antena atau reseptor dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.
Selesai membaca? SubhanaAllah, betapa besarnya nikmat yang dikurniakan Allah! InshaAllah, satu hari nanti kita semua akan sampai dihadapan Ka’abah. Hanya Allah yang maha mengetahui.

One response to “Di Sebalik Cerita Ka’abah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s