Petua Banyak Susu Badan

Assalammualaikum, lama sudah tidak kemaskini blog (sepanjang mengandung agak malas sikit banyak), mana-mana komen yang tidak berbalas harap dimaafkan ye . Bawah ini gambar anak mami yang kedua Ahmad Arif Ikram, umur waktu ini 23 hari, baru lepas kena cukur rambut dan mandi masa ini. Lagi gambar boleh klik di sini. 

Hari ini mami nak kongsi macamana nak banyakkan susu badan tanpa menggunakan duit yang banyak, maklumat mami dapat dari pakcik google, antara petuanya:

1 gelas besar susu segar + 1 biji kurma + 21 biji kismis + 7 biji badam = blendkan sampai berbuih, kemudian minum.
 
Jangan lupa selawat dan baca ‘ Ya Matin’ 21x,
Insya Allah susu akan bertambah.
Nota: Maksud Ya Matin= Maha Sempurna KekuatanNya
Selain tu boleh juga amalkan cara ini,
Bunga melur dan daun pucuk manis

Giling daun bunga melur atau daun pucuk manis sehingga halus dan tampal di sekeliling payu dara pada waktu pagi sebelum mandi. Pastikan cuci bersih kawasan payu dara sebelum menyusukan bayi.

Kacang tanah

Kacang tanah mengandungi kandungan protein yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus. Kandungan protein dalam kacang tanah lebih tinggi daripada daging, telur dan kacang soya. Kandungan asid aminonya pun tinggi. Bagi menambahkan penghasilan susu badan, anda digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing (yang mudah tumbuh jerawat macam mami, cara ini kena elak).

Longan kering

Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya.

Daun sirih

Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian, layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada payu dara. Lakukan setiap hari sehingga susu badan menjadi banyak.

Halba dan jintan hitam

Cuci halba atau jintan hitam bersih-bersih. Selepas itu keringkan dan simpan dalam bekas bertutup. Cara menggunakannya, rendamkan 1 sudu halba atau jintan manis  dalam segelas air panas selama 15 minit. Kemudian tapis dan minum airnya.

Susu

Banyakkan minum susu. Seelok-eloknya mengambil hidangan susu sebanyak 3 hingga 4 hidangan sehari (ini cara yang mami amalkan hari-hari, cuma mami tambahkan holick makan bersama 3 biji kurma).

Lobak merah

Ambil sebatang lobak putih bersaiz sederhana. Cuci bersih dan kemudian potong kecil-kecil. Kisar sehingga halus. Selepas itu, campurkan dengan segelas air suam. Minumlah sebanyak 2 kali sehari.

Nasi panas, halia muda dan air asam

Makanlah nasi panas bersama halia muda yang ditumbuk halus dan dicampurkan dengan air asam.

Daun betik muda

Ambil beberapa helai daun betik sederhana muda. Cuci bersih dan rebus sehingga mendidih. Minum air rebusan tersebut 2 hingga 3 kali sehari.

Info: 

menariknya tentang susu ibu,
  1. Susu ibu berubah mengikut usia bayi.
  2. Susu ibu juga berubah mengikut cuaca iaitu apabila cuaca panas susu ibu akan mengandungi banyak air manakala dalam cuaca yang sejuk, susu ibu akan mengandungi lebih banyak lemak.
  3. Susu ibu berubah mengikut apa yang dimakan oleh ibu. Jadi sudah tentu bayi anda didedahkan dengan pelbagai rasa yang berbeza di awal bulan kelahiranya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s