Ronda LEGOland

Post kali ini adalah sambungan dari sebelum ini iaitu LEGOland Malaysia, linknya boleh klik di sini. Bagi yang belum pernah pergi, untuk 1 hari memang tidak sempat untuk pergi ke semua kawasan, itu belum kira lagi Water Theme Park yang dijangka siap pada tahun 2013 dan Legoland Resort pada tahun 2014. Mami untuk bulan Disember 2012 ini sudah pergi sebanyak 3 kali tetapi masih tidak sempat lagi untuk membawa anak-anak bermain permainan yang ada di situ semuanya. Sebaiknya elak untuk pergi pada hujung minggu dan cuti umum terutamanya pada hari sabtu, pendek kata kena beratur panjang. Sangat rugi bagi mereka yang beli pas masuk untuk sehari, harga tiket RM140 manakala bagi kanak-kanak 3 tahun ke atas RM110.

Bagi yang ada duit lebih dan tinggal berdekatan dicadangkan untuk membeli tiket tahunan iaitu bagi dewasa harganya RM275 manakala bagi kanak-kanak 3 tahun ke atas RM210, tetapi akan datang harganya akan meningkat naik untuk dewasa RM325, kanak-kanak pula RM225. Memang mahal sangat. Satu lagi nasihat mami, bawalah payung atau baju hujan serta baju salinan terutamanya yang membawa kanak-kanak memandangkan keadaan cuaca di Malaysia yang panas dan selalu hujan. Mana yang hendak berjimat bawalah makanan dan minuman yang mencukupi kerana segalanya yang dijual di dalam LEGOland ini sangat mahal.

Ini sebahagian gambar yang diambil,

LEGOland, Taman Tema, Malaysia, Melancong, Jalan-jalan, Harga Tiket

Sebelum balik, abang (anak pertama) boleh lagi sempat main air, sukahatilah nak, nasib rumah tu dekat, nak main dalam LEGOland pun terhad sebab ramai sangat orang, yang penting ada bawa baju lain kalau dah basah kuyup macam tu.

LEGOland, Taman Tema, Malaysia, Melancong, Jalan-jalan, Harga Tiket

Yang abahnya pula sibuk pilih minyak wangi, macam tu lah En. Suami kalau dah jumpa mana-mana tempat yang jual minyak wangi, mengalahkan perempuan (hurm sambil mengeleng-gelengkan kepala).

LEGOland, Taman Tema, Malaysia, Melancong, Jalan-jalan, Harga Tiket
LEGOland, Taman Tema, Malaysia, Melancong, Jalan-jalan, Harga Tiket

LEGOland Malaysia

Legoland Malaysia, LogoTopik kali ni, mami nak kongsi tentang LEGOland Malaysia. Rasanya ramai yang sudah sedia maklum dan sangat gembira yang mana akhirnya taman tema antarabangsa seperti ini akan beroperasi di Malaysia tidak lama lagi (pada penghujung 2012). Lebih tepat lagi lokasinya di Nusajaya, Iskandar Malaysia, Johor. Bagi rakyat Johor seperti mami, sudah pasti berbangga apatah lagi sememangnya taman tema ini tidak jauh dari tempat kediaman. Gambar-gambar boleh klik linknya di sini.

Lagi info menarik tentang LEGOland Malaysia:

- Merupakan taman tema berkonsep LEGO yang pertama di Asia dan menjadi taman tema antarabangsa pertama di Malaysia.

- Terdapat 40 jenis permainan interaktif antaranya Main Theme Park, 4D Theater, Kids Driving School dan banyak lagi. LEGOland Hotel dan Lifestyle Mall juga akan didirikan di sini.

- Menjadi pusat tumpuan utama kepada kompleks bersepadu seluas 5,500,000 kaki persegi (510,000 meter persegi) di kawasan Industri Nusa Cemerlang (rantau ekonomi Iskandar Malaysia) yang terdiri daripada pusat gaya hidup, kedai runcit, pejabat, hotel, pangsapuri, perkhidmatan dan unit-unit kediaman.

- Dimiliki dan dibangunkan oleh Merlin Entertainments.

- Akan beroperasi sepanjang tahun.

- Meliputi kawasan seluas 70 ekar (280,000 meter persegi).

- Mensasarkan 1.5 juta pelawat semasa pembukaannya nanti.

- Harga tiket dikenakan RM140 (dewasa) dan RM110 (kanak-kanak), + rebat RM30 untuk pemegang Mykad atau menggunakan pas masuk tahunan:

  • Pas masuk pra-pembukaan (sah untuk 12 bulan)RM195 (dewasa) dan RM150 (kanak-kanak lingkungan 3-11 tahun).
  • Pas masuk tahunan biasa (sah untuk 12 bulan) RM275 (dewasa) dan RM210 (kanak-kanak lingkungan 3-11 tahun).

- LEGOland Malaysia merupakan taman tema kedi dunia selepas LEGOland Billund, LEGOland Windsor, LEGOland California, LEGOland Deutschland dan LEGOland Florida.

Ginza, Tokyo, LEGO