Ahmad Arif Ikram

Assalammulaikum semua, kali ini mami nak kongsi gambar anak kedua mami, Ahmad Arif Ikram bin Shahril. Awalnya mahu letak nama Ahmad Arif  sahaja, tetapi memandangkan nama abangnya Muhammad Bukhari Ikram, jadi ditambahkan pula Ikram pada penghujung nama, mana tahu bila sekolah nanti ramai yang akan kenal mereka ini adik beradik, boleh gitu alasannya ツ.

Sijil kelahiran:

Sijil Kelahiran, Ahmad Arif Ikram

Tika ini umur Arif 3 bulan.

Ahmad Arif Ikram, Baby, Bayi, Comel, Cute

Ahmad Arif Ikram, Baby, Bayi, Comel, Cute

Ahmad Arif Ikram, Baby, Bayi, Comel, Cute

Ahmad Arif Ikram, Baby, Bayi, Comel, Cute

Ahmad Arif Ikram, Baby, Bayi, Comel, Cute

Umur 23 hari, baru lepas kena cukur rambut dan mandi masa ini.

Ahmad Arif Ikram, Baby, Bayi, Comel, Cute

Umur 7 hari.

Ahmad Arif Ikram, Baby, Bayi, Comel, Cute

Ahmad Arif Ikram, Baby, Bayi, Comel, Cute

Selamat Hari Ibu ツ

        

Hari Ibu

Pn. Hjh. Zainon binti A. Bakar

sayang mak, ibu, sayang, saya, mother day, hari ibu

Setiap 1 tahun, 1 hari akan dikhususkan untuk meraikan dan menghargai golongan kehormat ini. Ada ke orang yang tidak sayang ibu dia sendiri?, mungkin ada, tapi tak ramaikan. Ada 1 kisah pada zaman Rasulullah, kisah tentang seorang laki-laki telah datang kepada Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam;

  • Laki-laki: Wahai Rasulullah, siapakah yang paling berhak aku hormati dengan baik?
  • Rasulullah: Pertama adalah, ibumu.
  • Laki-laki: Kemudian siapa?
  • Rasulullah: Kedua adalah, ibumu.
  • Laki-laki: Kemudian siapa?
  • Rasulullah: Ketiga adalah, ibumu.
  • Laki-laki: Kemudian siapa?
  • Rasulullah: Ayahmu.

Bukti kedudukan ibu dalam Islam:

  • Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada duai ibu bapamu, hanya kepada-Ku engkau akan kembali (Q.S. 31:14-15)
  • Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia, dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya, atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka janganlah sekali-kali engkau mengatakan kepada keduanya perkataan “ah!” – Jangan pula engkau membentak mereka, dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan, dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku! Sayangilah mereka berdua, sebagaimana mereka berdua telah menyayangi aku semenjak kecil” (Q.S. 17:23-24)
  • Sorga terletak di bawah telapak kaki ibu (Al-Hadits)
  • Memandang dengan kasih sayang dan ramah tamah kepada ibu dan ayah, adalah ibadah (Al-Hadits)
  • Keridhaan Allah terletak pada keridhaan kedua orang tua. Kemurkaan-Nya juga terletak pada kemurkaan mereka (Al-Hadits)
  • Apabila engkau ingin Allah memanjangkan umurmu, maka bahagiakanlah kedua orang tuamu (Imam Ja’far Shiddiq)
  • Imam Ja’far Shadiq AS berkata, “Berlaku baik dan sopan kepada orang tua merupakan bukti ketakwaan seseorang. Karena tak ada amal yang disenangi Allah sebagaimana menghormati orang tua”
  • Nabi SAW bersabda, “Pandangan kasih sayang seorang anak kepada orang tuanya dipandang sebagai suatu ibadah”
  • Imam Muhammad Baqir AS berkata, “Ada empat hal yang kepemilikannya akan memberikan pada pemiliknya rumah di sorga melalui keridhaan-Nya: 1. Mengasuh anak yatim dan memberikan tempat perlindungan kepada mereka, 2. Berkasih sayang kepada yang tua renta dan tak berdaya, 3. Berbaik hati dan berperilaku ramah kepada orang tua, 4. Berhati lembut kepada bawahan dan pelayan

Walau apa jua keadaan sekalipun jangan sesekali berniat untuk melupakan jasa baik orang tua, baik dalam keadaan susah atau senang  ツ.

Selamat hari ibu, mak. Moga Allah sentiasa melindungi mak selalu. Dari anak mak, Norasihkin Gani.

sayang mak, ibu, sayang, saya, mother day, hari ibu